Friday, 28 October 2011

Luahan Cinta. :)



hai.. jumpa lagi.. hehe.. sorry ye.. hari ni elia nak ambil sikit masa korang baca benda ni..

about love.. suka?. macam biasa kalau tak suka tekan ctrl + w..

ni kalau mak elia tengok ni mesti dia marah.. semua pasal cinta.. bab pelajaran langsung tak dak.. tak pe.. nanti ada jugak bab study2 ni..

siapa tak pernah bercinta?. bohong la kalau budak dah 17 tahun tak pernah bercinta kan.. budak darjah tiga pon dah pandai main2 mata sekarang ni.. buat bunyi apa?. alaa yang macam tikus mondok tu.. haha.. i don't want to bebel panjang-panjang.. so..

jom baca ni.. :) . enjoy it!.



Cinta ibarat perubahan 4 musim. Kadangkala panas kadangkala berbunga, kadangkala dingin dan kadangkala luruh. Cinta pada asalnya PANAS takala bermulanya bibit-bibit perkenalan antara dua insan dan lama kelamaan bertukar. Hati menjadi ‘BERBUNGA’ dek kerana hangatnya cinta antara dua insan, dan dari situ bermulanya sayang-menyayangi, kasih-mengasihani. Apabila cinta dilanda badai, cinta bertukar menjadi DINGIN dan akhirnya LURUH seperti daun-daun yang gugur.

Mungkin kita rasa dia jodoh kita, berkenalan sejak di bangku sekolah dan bercinta. Tapi apakah kita pasti dia jodoh kita?. Mungkin kita rasa dia seseorang yang baik untuk kita, tapi kenapa Allah menjauhkan kita daripada dia?. Percayalah, bahawa Allah akan menemukan kita dengan insan yang terbaik daripad yang lebih baik. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui akan baik buruknya seseorang.

Kadang-kadang kita tidak sedar, orang yang kita tidak peduli sayang gila dekat kita.Kadang-kadang kita terlampau sayang dekat seseorang itu sedangkan dia selalu sakitkan hati kita. Kita tidak pernah sedar, kita bukannya sempurna untuk mendapatkan seseorang yang betul-betul sempurna dalam kehidupan kita. Dan kita bukan siapa-siapa untuk buat orang menyayangi kita seperti kita menyayangi dia, sebab kita cuma MANUSIA.
Andai saja Allah memberikan kita keizinan untuk mengetahui siapa jodoh kita sejak lahir, pasti ia akan membuatkan kita bahagia. Tapi sedarkah kita bahawa hati dan perasaan kita sentiasa berubah?. Makanya Allah ‘merahsiakan’ siapa jodoh kita sehingga sampai waktunya agar kita sentiasa bersabar dan terus menanti. Sesungguhnya cinta antara manusia kadangkala tidak kekal, yang kekal adalah cinta antara Allah s.w.t dengan hamba-Nya.

Sayangilah seseorang itu seadanya, boleh jadi orang itu akan jadi insan yang paling kita benci suatu hari nanti. Bencilah seseorang itu seadanya, boleh jadi orang itu akan jadi insan yang paling kita sayangi suatu hari nanti.

Jangan cintai seseorang itu seperti bunga kerana bunga akan mati dan silih berganti mengikut musim, tetapi cintailah seseorang itu seperti air sungai yang mengalir kerana air sungai akan terus mengalir meskipun musim silih berganti.

Kita kadang-kadang terlalu obsess sayangkan seseorang itu sehinggakan kita tidak sanggup melihat orang yang kita sayang dipimpin oleh insan lain. Tidak sanggup mendengar keburukannya dan cuba sebaik mungkin untuk tidak melukakan hatinya. Tapi adakah orang yang kita sayang itu dapat hargai apa yang telah kita buat?

Biarpun seorang lelaki dan seorang perempuan itu telah bertunang, hakikatnya mereka berdua tetap warga asing yang tidak diharuskan bergaul bebas. Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal daripada berkelakuan seperti sudah bersuami isteri.

Cinta dan kasih sayang manusia hanyalah setitis jika dibandingkan dengan selautan cinta dan kasih sayang Allah s.w.t.. Sekiranya engkau kehilangan setitis itu, ia tidak akan menjejaskan kehidupanmu selagi yang selautan itu masih engkau miliki.
 

No comments:

Post a Comment

Dah Selesai Baca?. Cer komen sikit. 1 pon jadi la. :)