Saturday 12 November 2011

Cinta Tak Perlu Bersebab. :)


Dalam satu kisah percintaan  yang  menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti  di  sebuah bangku yang disediakan  di tepi tasik. Kemudian si isreti bertanya ke pada suami :

Isteri   : mengapa abang menyukai saya?  Mengapa abang cintakan saya?

Suami :abang tidak boleh menerangkan sebabnya tetapi abang memang sangat menyayangi dan menyintai sayang!.

Isteri :abang tidak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana boleh abang katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami :betul!, abang tak tahu sebabnya tapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang.

Isteri  :Tidak boleh beri bukti!  Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya.  Kawan-kawan saya yang lain yang ada suami, teman lelaki semuanya tahu menerangkan mengapa mereka dicintai. Dalam bentuk syair dan puisi lagi . Mengapa abang tak boleh terangkan?.

Si  suami menarik nafas panjang dan berkata :

Suami : baiklah! Abang mencintai saying sebabs ayang cantik,  mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingat iabang selalu. Abang juga  sukakan senyuman manis dan setiap tapak saying melangkah,  di situlah cinta abang bersama sayang.

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan  suaminya tadi. Namun selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan  yang  serius.  Si suami sangat sedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. 

(surat suami untuk isterinya yang tersayang)


Sayang!, jika disebabkan suara aku mencintaimu , sekarang bolehkah engkau bersuara?. Tidak!. Olehitu, aku tidak boleh mencintaimu.. jika disebabkan kasih saying dan ingatan aku mencintaimu, sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?.  Tidak!. Oleh itu, aku tidak boleh mencintaimu lagi.. jika disebabkan senyumam aku mencintaimu,  sekarang bolehkah engkau tersenyum lagi?. Tidak!. Oleh itu, aku tidak boleh mencintaimu lagi.. jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu, sekarang bolehkah engkau melangkah?. Tidak! Oleh itu, aku tidak boleh mencintaimu lagi.. jika cinta memerlukan sebab seperti sekarang,  aku tiada sebab lagi untuk mencintaimu sayang.  Adakah cinta memerlukan sebab?  Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini dan selamanya dan cinta tak perlu ada sebab.  

KADANGKALA PERKARA TERCANTIK DAN TERBAIK DI DUNIA TIDAK BOLEH DIPEGANG ATAU DILIHAT TETAPI IA BOLEH DIRASAI DI DALAM HATI…

No comments:

Post a Comment

Dah Selesai Baca?. Cer komen sikit. 1 pon jadi la. :)