Sunday 30 October 2011

Luahan Hati. :)



cakkk!!.. haha. (hee.. gedik betul).. saja nak buat surprise kat korang..

bosan betul malam ni.. nak study tapi sekejapppp je lagi.. tengok, sempat lagi blogging padahal kawan-kawan yang lain tengah bertungkus-lumus study nak SPM 14 november ni..

ingatkan lepas spm ni boleh la rest kejap tapi dapat plkn pulak.. doa2 dapat kump.2 boleh tangguh.. minta2 dapat kat kem Chenderiang Tapah. orang cakap kat situ best.. ehehehe..

ok la... i don't want to bebel panjang2 kat sini.. siapa tengah ber'couple'?. Meh baca ni.. Elia buat special untuk korang.. ehehehehe.


Kebahagiaan tertinggi dalam kehidupan adalah kepastian bahawa kamu dicintai apa adanya, dicintai walaupun kamu tetap menjadi diri kamu adanya. Dan masih banyak yang harus kamu raih dan kamu cari untuk kebahagiaanmu.

Saling mencintai kerana hanya Allah, saling menyayangi kerana hanya Allah, saling membahagiaankan hanya kerana Allah, kerana hanya Allah-lah yang dapat menimbulkan rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Jadikanlah cinta itu seperti matahari, menyinar menerangi bumi walau malam menjelma, matahari masih menyampaikan cahayanya melalui bulan. Jadikanlah cinta itu seperti sungai, mengalir deras tanpa mengira musim. Tetapi jangan jadikan cinta itu seperti pohon yang akan goyah apabila ditiup angin.

Boleh ke kaca yang pecah dicantumkan semula tanpa ada kesan pecahan?. Boleh ke bunga yang layu kembali segar?. Boleh ke kesan parut dihilangkan semula?. Begitu juga cinta, boleh ke cinta yang lalu kembali hangat?. Apakah kita sanggup untuk dikecewakan untuk kedua kali?.

Banyak orang cakap cinta pertama paling indah, paling romantis dan penuh dengan kasih sayang. Tetapi hakikatnya, cinta pertamalah yang paling menyakitkan, sukar sekali untuk dilupakan walaupun sudah berakhir berdekad lamanya. Apa yang pasti, cinta pertama itu akan menjadi lebih indah andai diakhiri dengan penikahan yang meriah.

Wahai kaum adam, janganlah kamu sakiti hati seorang isteri yang telah mencurahkan segala kasih sayang hanya untuk kamu dan anak-anak kamu. Jangan kamu persiakan hidup isterimu, hargailah dia dengan sebaik mungkin. Wahai kaum hawa, berjanjilah, bahawa segala kebahagiaan dan kasih sayang kamu hanya untuk suami dan anak-anakmu. Jangan sesekali menderhakai suamimu yang telah dipertanggungjawabkan menjaga kamu sepanjang hayatmu. Apa yang penting jangan sesekali berlaku curang.

Ramai orang cakap cinta jarak jauh itu bahaya, boleh jadi pasangan kita itu curang. Tapi, curang itu dapat diatasi dengan percaya antara satu sama lain. Orang cakap lagi, boleh ke kita percayakan dia?. Jawabnya senang saja, kalau tak percaya tak gunalah bercinta.

Betul ke lelaki lagi romantik berbanding perempuan?. Lagi kuat cintanya berbanding perempuan?. Lagi tulus cintanya berbanding perempuan?. Tapi kalau betul, apa buktinya?. Kenapa perempuan juga lebih menderita daripada lelaki apabila kehilangan cinta?

Alangkah indahnya cinta yang dibina sejak di bangku sekolah lagi berakhir dengan ikatan pernikahan. Begitu juga dengan perkenalan yang tidak disengajakan. Tapi pernah kita terpikir bagaimana mereka kekalkan cinta mereka?. Apa lagi kalau bukan setia terhadap pasangan kerana itu adalah pengorbanan paling besar.

Sudah menjadi tabiat manusia, kalau nak bercinta mesti pilih rupa paras yang elok. Tapi kita tak sedar bahawa dengan rupa paras itulah dia boleh hina kita. Yang kedua harta, mesti nak yang kaya-kaya. Tapi kita tak sedar, duit bukan boleh beli  Kacak/cantik atau duit bergunung macam mana sekali pun tak menjamin kebahagiaan.

No comments:

Post a Comment

Dah Selesai Baca?. Cer komen sikit. 1 pon jadi la. :)